Wednesday, 4 July 2012

Definasi Rekreasi

Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang.

Rekreasi

Rekreasi adalah aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti sosial seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi.

No comments:

Post a Comment